Sunday, February 1, 2009

Adegan Tidak Logik dalam Drama Melayu


Beberapa adegan tak logik filem Malaysia… (patut le tak laku)aku rase semua orang pun ade terperasan... klu ade pengarah-pengarah terbace entry nie haaa... perbaikila mutu drama anda ini untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.



2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" . Klu aku tengok memang ayat nie gak die gune tiap episod pun..kenkadang aku tergelak gak hehe..

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik). Itu ok lagi, ade lagi tu handphone 3G Ringtone 3310..aduyai..tapi skrang dah kurang skit kot.

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Power point !!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Dlu mase sebelum crite-crite seram nie popular kt tv semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Korang tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem...tapi skarang makin melambak plak, semua berlumba-lumba nak buat crite hantu..

11. Biasanya dalam filem / drama melayu, termasuk drama ‘Gerak Khas’, biasa nya bila semua pegawai berbincang dengan rakan sekerja mereka semua akan bergilir dan menunggu untuk bercakap, malah semua nya ada idea yang bernas dan boleh diterima oleh ketua mereka. memang tak logik gile...

12. Selalunya dalam adegan tembak menembak drama kepolisan biasa nya polis jarang kena tembak walaupun penjahat lebih ramai yang menembak, kalau ada polis yang kena pun cuma seorang…. itupun mesti kena kat bahu atau kaki shj.

13. Biasa nya kalau filem / drama melayu moden, anak remaja kaya / anak datuk kalau mengisi masa lapang atau berhibur mesti pergi disko….. jarang tunjuk pergi bowling, main video games ke ….. (masuk disko free kot… tak payah bayar ! Jimat kos !)


14. Biasa nya kalau pompuan baik / alim dari kampung / desa datang kat bandar exited sgt nak cari kerja, selalunya mesti kena tipu lelaki jahat …. lepas tu barulah bertemu dgn lelaki baik & akhirnya kawin… Happy ending.

15. Biase nya kalau cerita lelaki kawin banyak cukup dengan adegan gatal pulak tu… mesti si M.Rajoli, pakai pakaian rock ikat key kat kepala, naik moto besor…….
Haaa. haaaa..aa…a.a.a.a

Ada sape banyak idea boleh r sambung lagi …. buntu dah


1 ConteNg siNi KLu Berani:

dayat tyger on April 24, 2010 at 12:33 PM said...

ada2..erm..kalau drama melayu yang tunjukkan korporat(orang kaya2)..kalau cter bab projek mesti nk yg bjuta-juta jer...padahal kontraktor kelas e jer