Wednesday, November 26, 2008

kulihat layu dalam melayu


Layu..

"Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina"

Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya"

Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah


Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.

Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?

Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …

“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang



1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam

Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal

Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.

Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.

Benarkah begitu?

Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.

Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal

Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW

Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”

(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.

Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah ….

“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”

Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.

Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.

Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal

Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.

Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….

  • Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
  • Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.

Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :

#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.

Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.

Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah

Apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.

Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.

Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir?

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.

Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.

Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.

Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.

Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?

Adakah ianya kebetulan?

#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:

“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”

Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.

Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Kesimpulan

Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.

Wallahu’alam.



Kenali pasukan Dajjal dan sekutu kuat dajjal.


nie aku amik dari blog org je...

Salaaaamun alaikum wa.b.t……pada post untuk kali ini saya agak berminat untuk menyelongkar serba sedikit tentang Dajjal dan kali ini saya akan cuba membongkarkan kumpulan-kumpulan yang membuat kerja untuk Dajjal. Dan saya akan sertakan pelbagai bukti agar kita boleh fikirkan bersama-sama. Tetapi Yang Maha Mengetahui segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk berusaha dan berfikir tentang segala apa yang diciptakanNya. semua isi didalam ini banyak saya ambil dari blog-blog yang banyak mengkaji tentang dajjal. semoga dapat berkongsi


Mengapa saya berani mengatakan kumpulan yang akan saya sebutkan di sini sebagai pasukan Dajjal? Kerana ada bukti-bukti kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh Dajjal, dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai. Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini.

Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Biasanya di bangunan-bangunan besar, pejabat-pejabat, tempat-tempat rahsia dan tidak ketinggalan boleh diperhatikan dalam banyak filem kebelakangan ini yang menceritakan perihal Freemasons seperti filem Da Vinci Code, National Treasure 1 & 2, From Hell dan beberapa lagi. Dan simbol-simbol ini adalah simbol kepada kumpulan yang diberi nama The Freemasons . Dan Freemasons ini lah yang merupakan salah satu kumpulan yang bergerak dalam satu nama besar yang dipanggil Illuminati. Ini tak termasuk lagi simbol-simbol Illuminati yang lain yang banyak juga keluar dalam filem-filem Hollywood seperti filem-filem yang saya sebutkan tadi, Indiana Jones, Stargate, Independence Day, The Omen, American Gangster, The Ant Bully, Conspiracy Theory, Into the Wild, The Majestic, Miami Vice dan macam-macam lagi.

Perhatikan simbol-simbol tersebut, semuanya mempunyai asas yang sama iaitu mempunyai satu jangkalukis (compasses) di bahagian atas , sesiku (square) di bahagian bawah dan huruf ‘G’ di tengah-tengah. Semuanya itu mempunyai maksud yang tersendiri dan di kalangan ahli-ahli Masons sendiri pun ada bermacam-macam maksud dan biasanya ia tidak didedahkan di kalangan ahli. Cuma saya akan cuba ketengahkan pendapat yang kuat tentang simbol tersebut mengkikut kajian saya.

Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah tadi itu membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘. Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.

Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam pembinaan bangunan. Dari sudut lain, simbol itu juga melambangkan jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu. Begitulah menurut beberapa pendapat berkenaan simbol Freemasons

Sepintas lalu berkenaan Freemaso

Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya saya katakan di sini adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka antaranya seperti di bawah;

Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illumiati telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi. Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, hinggalah kepada presiden sekarang iaitu George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari Illuminati itu.

Cuma saya rasa, Presiden John F. Kennedy sahaja yang tidak terlibat dengan mereka atau pun telah sedar diri dan menarik diri dari kumpulan mereka. Kerana beliau pernah menyampaikan ucapan memberi amaran tentang kemunculan kumpulan-kumpulan rahsia ini yang cuba untuk menguasai dunia. Dan tidak lama selepas itu, Presiden JFK ini telah mati ditembak di kepala di hadapan khalayak ramai ketika dia berada dalam kereta bersama isterinya dalam satu perarakan.

Walaupun jumlah ahli Freemasons tidak mencapai billion orang tetapi pengaruh mereka sangat kuat kerana mereka lah yang memegang kuasa ekonomi dan politik dunia sekarang. Dan merekalah yang ingin mengatur sistem kehidupan pada semua orang tanpa kita sedari.

Antara kegiatan-kegiatan mereka

Menurut buku Dajal dan Simbol Setan - Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.

Simbol-simbol lain yang berkaitan dengan Illuminati

Ini gambar lukisan Baphomet, Tuhan yang dipuja oleh Knights Templar dulu

Antara simbol-simbol kepada pemujaan ini yang mana sama dengan simbol-simbol yang dipuja oleh kumpulan Black Metal dan pemujaan syaitan lain antaranya

Dan kebiasaannya simbol-simbol Illuminati mesti ada kaitan dengan Segitiga, bintang syaitan , matahari, burung hantu dan sebagainya. Terlalu banyak identiti mereka yang boleh mengaburkan mata pihak lain , cuma yang paling ketara adalah simbol segitiga dan bintang.

Church of Satan

Church of Satan telah ditubuhkan di San Fransisco , California pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor LaVey yang mana dia adalah seorang paderi besar gereja pada ketika itu. Dari tahun 1950an lagi, Anton LaVey telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Order of the Trapezoid yang kemudiannya berkembang menjadi badan pengurusan yang dikenali sebagai Church of Satan ataupun Gereja Syaitan.

Pada sekitar tahun 1980an dan 1990an, Church of Satan dan ahli-ahlinya sangat aktif mengeluarkan filem, muzik, dan majalah yang ditujukan kepada pemujaan syaitan. Dan secara ringkasnya di sini, munculnya Church of Satan ni adalah untuk belot atau melawan agama Kristian yang telah sedia ada, kerana itu juga mereka termasuk dalam anti-christ.

Bohemian Club

Bohemian Club adalah sebuah kelab rahsia yang ternama di San Fransisco, California, USA. Kelab ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari artis, ahli perniagaan hinggalah kepada barisan pemimpin tempatan dan global di sana. Dan ramai artis serta pencinta-pencinta seni yang menjadi ahli aktif kelab tersebut. Dan pada setiap tahun, kelab ini akan mengadakan perkhemahan 3 minggu dan akan mengadakan upacara memuja pada sebuah tempat yang berdirinya patung burung hantu yang besar.

Skull and Bones

Hanya golongan tertentu dipilih untuk menyertai Skull And Bones dan biasanya dipilih dari keluarga berpengaruh dan cerdik pandai. Pusat Skull and Bones di Universiti Yale, Connecticut , Amerika Syarikat dan di sinilah pelapis Skull and Bones mula dipilih. Dan secara ringkasnya mereka adalah kumpulan elite yang mengetuai gerakan illuminati itu. Dan anggota-anggotanya terdiri dari pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush.

Bendera Israel

Bendera Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil ‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu melambangkan lelaki.

Tetapi menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya.

Dan jika anda perhatikan betul-betul, rupa-rupanya simbol Freemasons juga ada kaitannya dengan Star of David ini, perhatikan simbol di bawah baik-baik yang saya telah lakarkan kaitan dengan Star of David.

Adik beradik kepada ‘Star of David’ itu pula ialah Pentagram yang kebiasaannya adalah simbol yang digunakan oleh kebanyakan puak-puak pemuja syaitan termasuklah dalam simbol Baphomet di atas. Pentagram adalah seperti simbol di bawah ini;

Pentagram kuno - bintang terbalik

Pentagram moden - bintang tak terbalik

Dan simbol pentagram ini bukan sahaja boleh didapati dari tempat-tempat pemujaan dan seumpamanya, tetapi juga boleh diperhatikan pada The Pentagon, iaitu ibu pejabat bagi Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, seperti gambar di bawah.

Simbol bintang pentagram itu pula sebenarnya adalah gabungan 3 buah segitiga. Mari kita lihat pecahan-pecahan segitiga itu seperti di bawah;

Menjadi

Dan simbol bintang David pula terdiri dari gabungan 2 segitiga

Menjadi

Dan banyak lagi sebenarnya simbol-simbol Illuminati yang tidak muat untuk dibicarakan di sini dan sesuai dibicarakan dalam topik yang lain insyaAllah.

Apa kaitannya dengan Dajjal?

Maka setelah kita mengetahui bahawa gerakan merekalah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’ atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata satu. Maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.a.w seperti dalam hadith-hadith di bawah;

Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).

“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari.

Dan banyak lagi hadith lain yang menyebut bahawa Rasulullah S.a.w telah memberi amaran kepada kita tentang bakal kemunculan Dajjal yang bermata satu. Sejak dari Nabi Nuh lagi, semua para nabi memberi amaran tentang kedatangan Dajjal, tetapi hanya Nabi Muhammad S.a.w yang mula mengatakan bahawa Dajjal itu bermata satu. Dan mari kita bandingkannya dengan kemunculan Freemasons dan sekutu-sekutunya.

Freemasons mula muncul pada antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17, bermakna lama selepas diutuskan Nabi Muhammad S.a.w. Sebelum Nabi Muhammad diutuskan , mereka dikenali dengan pelbagai watak yang antaranya Masons (tukang batu) dan sebagainya. Cuma dulu tiada lagi simbol yang digunakan oleh mereka sekarang dan tiada lagi simbol mata satu. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad S.a.w berkenaan akan munculnya Dajjal bermata satu yang akan memerintah dunia, kerana matlamat Freemasons dan sekutu-sekutunya sekarang adalah untuk memerintah dunia dan mereka mengagungkan simbol ‘Mata Satu’ mereka itu. Dan mereka juga adalah anti-kristian dimana orang-orang Kristian juga meramalkan kemunculan mereka berdasarkan dari kitab Bible dan menjadi musuh kepada kristianiti.

Maka sudah jelas di situ, tidak lain dan tidak bukan, pasukan Dajjal tersebut adalah The Freemasons yang berlindung di sebalik nama Illuminati. Maka tidak perlu lagi kita menanti kemunculan Dajjal kerana sebenarnya dia telah muncul dan pengaruhnya menular ke serata pelusuk dunia sekarang ini dengan bermacam cara. Yang penting sekarang kita perlu sentiasa amalkan membaca ayat-ayat dan doa untuk berlindung dari fitnah Dajjal laknatullahu alaih.

Mereka menunjukkan syurga dunia kepada kita sekarang iaitu kemewahan, alat-alat canggih, hiburan-hiburan dan seumpamanya. Manakala mereka yang tidak mahukan semua itu diibaratkan berada dalam neraka sekarang kerana bagi mereka kehidupan tanpa perkara-perkara tadi adalah memboringkan, tidak seronok, tidak memuaskan dan sebagainya.

Tentang syurga dan neraka yang dibawa oleh Dajjal, ada di sebutkan dalam hadis Rasulullah. Dan antara isi nya bermakud, “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”


Di Malaysia juga sebenarnya telah hadir ejen-ejen dajjal ini, yang mane terdiri dari individu dan kumpulan-kumpulan yang berpengaruh. Mungkin anda juga telah terpedaya dengan mereka, kerana mereka amat bijak melindungi identiti sebenar mereka. Dan mereka juga bijak dalam menipu dan mengunakan helah tanpa kita sedari....

Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal

1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)

2 - Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,

اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال

‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”

Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam :)

faint Dol or panadol or pain are doll....


Ini email yang aku dapat kat opis aku.... aku cume copy dan paste je kt cni .....bacelah :


Hi, this was forwarded to me by afriend, so thought it would be a good sharing.

DON ' T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLE
especially if you have gastric problems
FYI... One real story from a friend....My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of thedoctors quite well. The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL). In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives. This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She ' s now in her early 30 ' s, and she needs to wash her kidney(DIALYSIS) every month.

As said by the doctor that whenever we have a headache, that ' s because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain. As an alternative/solution to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water). Me and my husband have tried this on several occasions,and it seems to work well. Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.

As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain).

We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation,you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol . If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrualcramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??

Value your life,
THINK b4 you easily pop that familiar pill into your mouth again. Please send this to people you careabout.



ps* huu tapi sikalang aku tgh penin kepale wat report praktikal ku ini ditambah lagi ngn sakit kepale ku, n aku terpakse juak amik panadol(belum amik lagik tgh tahan )...

Saturday, November 1, 2008

teknik melegakan batuk


Melegakan Batuk
Batuk adalah antara penyakit yang sering berlaku pada kita. Selalunya batuk akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurag seminggu. Bagaimanapun, oleh kerana sakit yang dideritai agak kuat, kebanyakan kita akan mencari ubat untuk melegakan batuk. Batuk juga kerap berlaku semasa kita selsema.Sebenarnya, batuk adalah tindak balas normal yang baik untuk kita. Tindak balas ini dikenali sebagai tindak balas refleks, di mana batuk berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan pengganggu.
Ada dua jenis batuk yang utama:

batuk yang berkahak
batuk yang tidak berkahak
Kedua-dua jenis batuk ini adalah berbeza dari segi sebab berlakunya dan juga ubatnya. Oleh itu adalah penting untuk kita mengenalpasti jenis batuk yang didiami supaya ubat yang diberi memberikan kesan yang sepatutnya.Pesakit asma (lelah) kerap mengalami batuk kerana saluran pernafasan yang menjadi sempit. Bagi pesakit asma, pengambilan ubat asma yang diberikan adalah penting untuk melegakan batuknya.Ada juga orang yang batuk kerana pengambilan ubat tertentu seperti Zestril dan Renitec (untuk darah tinggi). Dapatkan nasihat doktor untuk menukar dengan jenis ubat darah tinggi yang lain.Batuk yang berkahak
Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui janis batuk yang dialami.

Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak adanya penyakit-penyakit lain yang membahaya.
Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamsa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.
Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.
Kahak yang putih atau jerneh menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang membahaya.
Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB) dan sebagainya. Segera dapatkan rawatan lanjut.
Kaedah mengurangkan batuk

Minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.
Ambil bahan-bahan yang menambah lendir seperti tenusu, daging, gula dan makanan manis. Tepung putih dan sebagainya hendaklah dikurangkan.
Sekiranya anda merokok, mungkin inilah masa untuk menghentikannya.
Persekitaran yang berhabuk, berasap, toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan ini.
Sedut stim contohnya dari air yang mendidih. Ia membantu menghilangkan hidung yang tersumbat.
Hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus. Perhatian :

Sesetengah ubat batuk yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi pseudoephedrine, yang boleh menambah tekanan darah. Orang yang ada tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini. Dapatkan penerangan lanjut dari farmasi atau klinik.
Kebanyakan ubat adalah dalam bentuk sirap dan ia mengandungi gula. Pesakit kencing manis harus mengelakkan pengambilannya sekiranya boleh.
Sekiranya batuk tidak berkurangan dalam masa seminggu, atau ada tanda-tanda yang lebih serius seperti batuk berdarah, rawatan lanjut diperlukan.
Batuk yang berlaku pada waktu malam sahaja (semasa baring sahaja) mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Dapatkan rawatan selanjutnya. Sumber : www.anispharmacy.com

makan buah


MAKAN UTK SEHAT…March 11th, 2008 by zaint-n16
Epal kurangkan lemak badan
PERIBAHASA lama Barat ‘makan sebiji epal sehari, tidak perlu doktor melawati’ memang diketahui tetapi kempen 3-epal sehari mampu menyusutkan berat badan sebanyak beberapa paun.
Beberapa tahun lalu, penduduk di bandar Wenatchee di Washington, Amerika Syarikat, susut berat badan mereka, bukan kerana diet atau kurang makan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang menakjubkan.
Seorang wanita susut 19 paun lemak badan sepanjang 12 minggu manakala seorang lelaki susut 35 paun dalam jangka masa sama.
Bagaimana ia berlaku?
Dengan hanya memakan tiga biji epal Washington Apples sehari di samping program pemakanan dan senaman yang seimbang, mereka mampu melakukannya.
Program ‘3-Epal-Sehari’ diilhamkan Pakar Pemakanan Berdaftar, Tammi Flynn.
Flynn, yang ketika itu pengarah nutrisi sebuah gim di Amerika Syarikat menemui formula unik ini.
Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil daripada program diet - malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan - memakan sebiji epal sebelum waktu makan. Hasilnya, dia mengurangkan satu setengah paun dalam hanya satu minggu.
Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggan lain dan menampakkan hasil yang hebat.
Program ‘3-Epal-Sehari’, satu kaedah yang mudah dan ringkas bagi mengurangkan berat badan.
Ia tidak membabitkan diet, malah disuruh memakan sebiji epal sebelum sarapan, makan tengah hari dan malam.
Di samping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan anda menyaksikan secara langsung penurunan lemak badan anda.
Kajian Universiti California mengesahkan peranan epal dalam penyusutan lemak badan. Disebabkan epal Washington Apples mengandungi banyak fiber, di antara empat hingga lima gram - ia membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak.
Gula semula jadi dalam epal juga menampang keinginan memakan makanan yang tinggi kandungan gula proses.
Epal Washington Apples mengandungi karbohidrat, protein ringkas, buah-buahan dan sayuran dan sedikit kandungan lemak penting.
Contohnya:
- Sarapan pagi: Telur dadar berkeju dan secawan bubur.
- Makan tengah hari: Dada ayam salai dengan brokoli kukus dan setengah cawan beras perang.
- Makan malam: Salad salmon salai.
Oleh kerana epal ‘menghimpunkan’ lebih banyak air di dalam perut, kita rasa kenyang dalam tempoh yang lama.
Anda digalakkan mengambil sebiji epal 30 minit sebelum sarapan bagi mengurangkan kelaparan.
Jika mengurangkan berat badan antara azam anda tahun ini, cubalah kaedah semudah 1..2..3 epal Washington Apples sehari.
Washington Apples kini boleh didapati di pasar raya hiper, pasar raya besar dan kedai runcit segar di seluruh Malaysia.
Sumber:
Columbia Marketing International (CMI) www.cmiapples.com
~~sunnah Rasullullah pun mengalakan kite supaye mkn buah2han dlu sebelum mkn hehe~~

bidaln untuk pemimpin


Kata bidalan:“Kalau kami tedung,TUANLAH BISANYA;kalau kami harimau,TUANLAH TARINGNYA!kalau kami berlian,TUANLAH SILAUNYA;kalau kami guruh,TUANLAH KILATNYA”.Kepara para pemimpin pelbagai lapisan masyarakat, fikir-fikirkan bidalan ini:Pemimpin umpama pohon yang rendangTempat rakyat tumpang berteduh!Harta pemimpin banyak tidak terkiraMakin pemimpin beri, makin bertambahMakin pemimpin agihkan, makin bertimbunMakin pemimpin tarah, makin menggunungMakin pemimpin cangkul, makin tinggi
Manakan pemimpin tidak pemurahBelum diminta, pemimpin sudah beriBelum ditadah, pemimpin sudah isiBelum disebut, pemimpin sudah faham isi hati
Adakalanya:Orang datang selangkahpemimpin undur dua langkahApabila diminta satu, pemimpin beri duaKalau ada yang minta tiga, pemimpin terus hidup injin kereta!Kalau pemimmpin turun ke laut, ikan-ikan kenyangKalau pemimpin turun ke padang, belalang-belalang kenyangKalau pemimpin ke udara, burung-burung kenyangKalau pemimpin turun ke tanah, cacing-cacing kenyangKalau pemimpin memanjat pokok, ulat-ulat kenyangTapi, jangan lekas lupa, kalau pemimpin masuk ke hutan,silap-silap harimau yang kenyang!
oleh Abdul Jalil Haji Yusop

betol kenie?


nie aku copy paste dari blog orang jer ngeh3x….
wanita dan citarasa tinggi mereka!
Berborak dengan abang driver boss aku mmg menarik, kisah wanita dan citarasa tinggi mereka, kesimpulan yg aku dapat adalah seperti berikut :
1. pompuan mmg tak nak lelaki miskin yg tak berduit walaupun dia sendiri pun mmg setaraf dgn lelaki miskin tak berduit tu jugak.
2. pompuan mmg tak nak dgn lelaki yg tak hensem walaupun dia bukanlah cantik sangat :p
3. pompuan mmg tak nak lelaki yang tak ikut telunjuk dia walaupun dia bukan jenis yg boleh menerima arahan dan permintaan lelaki
4. pompuan memang tak nak dikongkong sebab dia lebih suka hidup bebas bertenggek dengan lelaki lain sebelum kahwin atas alasan, cari ramai bopren nanti kawen, senang nak pilih yg mane Satu
5. pompuan mmg tak suke pk perasaan lelaki sebab dia nak lelaki je yg paham perasaan dia.
Kisahnye begini :
Mamat tu seorang driver, kehulu kehilir dengan BMW boss. Awek dia pun sayang sangat kat dia. Hari-hari tanye bile nak kawen. Bile mamat tu kate tak cukup duit lagi, awek tu tak caye, dia kata mamat tu org kaya yg merendah diri, walaupun kata tapi cakap tak cukup duit. Kadang-kadang minah tu tuduh dia saje bagi alasan takde duit sebab takmo kawen ngan dia.
Bila mamat ni cakap dia cuma driver je, minah tu tak caye, minah tu terus yakin mengatakan mamat tu merendah diri dan low profile wakakaka…
Minggu lepas mamat tu hantar boss dia pegi meeting, siap turun kereta, bukakkan boss pintu kereta, pastu sementara tunggu boss, dia siap lap-lap kereta kat tepi bangunan. Pastu awek dia lalu dengan kawan-kawan. Pucat lesi awek dia mase tu lagi-lagi la kawan-kawan semua dah tau yg bf dia tu orang kaya, pakai kereta besor, rupanya driver…
Lepas kejadian tu, awek dia tak nak jumpe dia lagi, awek dia selalu bagi alasan kalau dia nak jumpa. Mamat tu sedar diri dan kalau boleh nak bincang la, kalau putus pun biarlah putus cara baik, tapi awek dia elak-elak.
Awek dia penah cakap, dia cintakan mamat tu bukan kerana harta atau kereta besar wakakaka boleh caye ke? Semalam dia nampak awek dia dengan mamat lain, walaupun bukan pakai BMW tapi mamat tu bukan driver, so mamat driver ni paham-paham sendiri la yg awek dia mmg dah tak nak kat dia sebab dia driver.
Tapi mamat ni mmg frust habis la, dia sayang giler kat awek dia, dia memang nak buat bini awek tu. Bertungkus lumus kejar duit, siang jadi driver, malam bawak teksi. Tu pun nasib baik awek dia tak tau dia part time bawak teksi, kalo tak dah lama awek dia blah.
Sian kat dia…
Sekian saja kisah lelaki yang tak berduit dan berpangkat…