Monday, January 6, 2014

KHASIAT ALFALFA - Credit to PIPIBULATBULAT

0ConteNg siNi KLu Berani
Taugeh Alfalfa
Assalamualaikum, سلام, Salam Sejahtera, Greeting, வாழ்த்துரை,欢迎 kepada anda semua. Harini saya mau berkongsi tentang Sejenis tumbuhan herba ciptaan Allah yang bernama "Alfalfa".

 Asal Nama Alfalfa
 Alfalfa atau nama scientificnya "Medicago Sativa" nie sebenarnye jika dilihat dalam ilmu tumbuhan tergolong dalam kumpulan kekacang. Secara fizikalnya Alfalfa ni dapat tumbuh setinggi 1 meter dan mempunyai bunga kecil berwarna ungu. Akarnya pula boleh menjangkau kedalam tanah sedalam 4.5 meter. Maksudnye akar lebih panjang dari batangnye. Oleh sebab itu Alfalfa nie mempunyai keistimewaan untuk menyerak zat mineral yang jauh kedalam tanah dan jarang ditemui di permukaan tanah, Allahu Akbar. Oleh sebab itu, orang arab memberi nama special tumbuhan ini sebagai "Bapa Tumbuhan" atau dalam bahasa arabnye "Alfalfa".
Alfalfa Dewasa
Sejarah Perubatan
Selain dari keunikan sifat fizikal, Alfalfa nie juga banyak manfaat yang telah Allah jadikan untuk kegunaan manusia. Sejarah menceritakan, sejak abad ke-6, alfalfa telah digunakan oleh orang Cina untuk merawat penyakit batu karang, gastrousus*, mual-mual dan kembung perut. Pada mulanya, dunia perubatan tradisional Cina sering menggunakan daun Alfalfa untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan saluran penghadaman. Kemudian dibangunkan untuk membantu membersihkan racun dalam darah atau dipanggil detoksifikasi* dan rawatan keradangan sendi. Pengamal perubatan Ayurveda di India juga mengunakan Alfalfa untuk merawat penaykit gastrik. Alfalfa juga dipercayai dapat mengurangkan gejala-gejala artritis*.

o o o o o o o o o

Alfalfa ni kalau di luar negara biasanya dorang makan batangnya, pucuknya untuk buat ulam macam ulam raja, cambahan biji benih macam tauge untuk buat salad dan daunnya jadi teh bila dikeringkan. Kalau di China sering dijadikan ubat herba yang dijual kering atau dicampur dalam sup.


Kandungan Nutrisi Alfalfa

Alfalfa tersenarai sebagai salah satu daripada tumbuh-tumbuhan dengan kandungan nutrisi yang tinggi. Kandungan kalsium, klorofil, karotena, dan vitamin K, yang agak tinggi, membuat alfalfa sebagai makanan tambahan yang sering digunakan untuk kegunaan manusia.
o o o o o o o o o

Satu lagi kelebihan alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral yang agak lengkap. Vitamin yang terkandung dalam alfalfa adalah: vitamin A, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), vitamin B5, vitamin B6, vitamin C, vitamin K dan asid folik. Benih Mineral, iaitu kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, tembaga, dan zink.

o o o o o o o o o


Daun Alfalfa adalah sumber klorofil, empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Terdapat banyak kajian saintifik yang dilakukan ke atas keberkesanan klorofil, seperti membersihkan badan, membentuk sel-sel darah, mengawal keseimbangan asid badan, meningkatkan ketahanan, serta penggantian sel-sel yang rosak.


 Khasiat Alfalfa Untuk Manusia
1. Mengawal Kandungan Kolesterol Darah 
Alfalfa mempunyai fungsi untuk mengawal kandungan kolestrol jahat dalam darah dengan cara mengeluarkannya terus dari badan. Insya Allah paras kolestrol dalam badan kita akan terkawal.  Jadi ini dapat mengurangkan risiko untuk kita mendapat penyakit jantung.

2. Mengatasi masalah pencernaan 

Ia berkesan dalam menghapuskan masalah pencernaan yang termasuk rasa loya, ulser perut, gastrik dan senak. Ini selain, alfalfa juga boleh membantu meningkatkan selera makan anda. Ia juga dapat mengubati penyakit sembelit kronik kerana kandungan serat yang terdapat didalamnya.
 
3. Menyingkirkan Toksin Dari BadanSeperti yang anda sudah sedia maklum Alfalfa mempunyai sifat ditoksifikasi. Jadi dengan pengambilan Alfalfa anda dapat membuang toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh badan anda. Toksin ni kebanyakannya kita ambil dalam makanan seharian kita tanpa kita sedari.

 
4. Menghilangkan ketagihan alkohol 

Menghadapi masalah dengan ketagihan alkohol atau penagihan dadah? Adakah anda sedang mencari solusi yang lebih baik daripada ketagihan anda? Jadi, Alfalfa adalah apa yang anda perlukan. Terdapat satu fakta yang diketahui bahawa tumbuhan alfalfa boleh membantu orang yang mengalami ketagihan alkohol atau dadah.

5. Mengurangkan gejala menopaus 

Yang ni bagus untuk wanita, sebab Alfalfa juga didapati membantu mengurangkan tanda dan gejala-gejala menopaus. 
 
6. Tinggi kandungan Vitamin K

 Vitamin K kegunaannya ialah macam pengalak pembekuan darah. Jadi jika anda ada luka ataupun pendarahan tu cepatla luka tu sembuh. Tapi kalau luka kena gigit pacat tu tak adalah terus kering gitu, tapi sekurang-kurangnya cepatla sikit darah tu berhenti mengalir.

7. Dapat melegakan asma 

Sebenarnya orang dahulu kala telah mengunakan Alfalfa untuk memberi bantuan kepada orang yang mengidap asma dan lain-lain penyakit pernafasan. Menurut kajian klorofil yang terdapat didalam Alfalfa dapat membantu mengatasi masalah ini.

8. Mencegah Kanser 

Kebolehan Alfalfa ini mungkin sukar untuk dipercayai, ia boleh membantu mengurangkan risiko berlakunya kanser. Ini adalah kerana kandungan asid amino dipanggil canavanine yang dapat mengawal pertumbuhan sel rosak. Alfalfa juga mempunyai kebolehan yang terbukti untuk mengikat karsinogen* dalam sel usus.

9. Sifat diuretik*

 Alfalfa adalah diuretik, selain dapat meningkatkan metabolisma badan ia juga membantu dalam pencegahan penyakit buah pinggang dan mengalakkan penghasilan urin. Sifatnya yang diuretik ini juga membantu dalam pencegahan berlakunya Jangkitan salur kencing atau kencing berdarah.

10. Untuk merawat Anemia*

 Alfalfa telah dikenali untuk menjadi sangat berguna dalam rawatan anemia.
o o o o o o o o o
Kesimpulannya, banyak khasiat yang terdapat didalam Alfalfa yang telah Allah ciptakan untuk kegunaan kesihatan manusia. Jadi mana nak cari herba nie?haa Sekarang zaman dah berubah, herba Alfalfa nie bukan saja boleh dapat di US atau Australia je kat Malaysia pon ade. Atau anda boleh cuba produk SHAKLEE Alfalfa complex dijamin kenaturalnya, saya pun sedang mencubanya. Yang kecil mengadungi 330  Biji, jika anda ambil 6 biji sehari boleh tahan selama 2 bulan. Ada jugak yang besar 700 biji boleh makan satu family. Jika anda berminat untuk mendapatkan Herba ini sila hubungi Beliau:

 Quote of  the day 
" It Requires Wisdom to Understand Wisdom: The Music Is Nothing If the Audience is Deaf" - Walter Lippman
Glosari:
  1.  Gastrousus - Pendarahan dalaman usus, mungkin disebabkan Gastrik atau Pencernaan makanan yang tidak sempurna didalam usus.
  2.  Detoksifikasi - Proses pengeluaran toksik dari dalam badan hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan.
  3. Artritis - Penyakit tulang yang dialami dikawasan joint seperti lutut kebiasaannya.
  4.  Karsinogen - Sejenis zat yang menyebabkan kanser.
  5. Diuretik - Sifat yang meningkatkan metabolisma dalam badan dan mengalakkan penghasilan urin.
  6. Anemia - Pengurangan Sel darah merah dalam badan atau Pengurangan Hemoglobin darah.  
*Jika ade kesilapan harap ditegur. Salam,

Monday, March 7, 2011

Nikmat yg telah ada....

1 comment
Semusim Berlalu,
Masa pon turut mara merentas Waktu,
Yang Kental Mengejar Kan terus Rapat,
Yang Lesu Semakin Menjauh,
Yang Leka Dan Lalai Entah Kemane,

Pernahkah Soal Diri?,
Apa Laku Lepas Ku?
Apa Bekal Depan Ku?
Siapa Dan Mengapa Aku?
Apa Ku lihat? Seluruh Dunia Atau Seluruh Kehidupan?

Bila Semangat Diri Membara,
Ada Saja Mahu Memadam,
Ada Saja Mahu Menghalang,
Kentalah Sang Hati,
Ujian Itu Sekelumit Saja.

Bersahaja Mencari Tenangnya Diri,
Mara Ke Hutan,
Daki Ke Gunung,
Menyelam dasar lautan,
Hakikatnya Ia Hampir Dengan Hati....

*Sajak dari nukilan biasan Idea yg datang Tetibe je.


Sunday, July 5, 2009

Hari Yang Hijau - 21 pucuk pistol (yeke?)

0ConteNg siNi KLu Berani
Lagu nie 1st time aku dengar time layan movie transformers; Revenge Of The Fallen.
Lagu nie punye feel aku rase macam kne ngn cete tu n best didengar oleh telinge aku.. jom layan...



Green Day - 21 Guns

Do you know what's worth fighting for
When it's not worth dying for?
Does it take you breath away
And you feel yourself suffocating?
Does the pain weight out the pride?
And you look for a place to hide?
Does someone break your heart inside?
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky
You and i

When you're at the end of the road
And you lost all sense of control
And your thoughts have taken their toll
When your mind breaks the spirit of your soul
Your faith walks on broken glass
And the hangover doesn't pass
Nothing's ever built to last
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky
You and i

Did you try to live on your own
When you burned down the house and home?
Did you stand too close to the fire?
Like a liar looking for forgiveness from a stone

When it's time to live and let die
And you can't get another try
Something inside this heart has died
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky
You and i

download mp3

Anjing Tak da Kaki Depan

1 comment
Alangkan binatang pun tak berputus asa. Kite lagila patut xberputus asa...
kesian anjing niekan...

Wednesday, May 27, 2009

ubah lagi sudut pandangan anda..

0ConteNg siNi KLu Berani
mungkin anda lihat blog aku nie tak teruruskan dan macam semak samun...
k cube jadikan ia suatu yang positif... mungkin aku sedang sebok setadi kekan..mungkin ada bende yang lebih pentingkekan yang aku kne buat selain update blog ke kan... atau mungkin juga ... keadaan blog yang macam ini, adalh seni.. seni blog namenye hahaha. . .




gundah gulana bertukar kepada semangat??

0ConteNg siNi KLu Berani
salam...selamat sejahtera


how and bagaimana?
boleh ker kite ubah sesuatu yang negatif kepada yang positif?
adeke care? susahlah....

memangla susah klu kite xcuba... contoh, najis...orang pikir najis itu,
jijik, geli...bende yang memang patut buang... TAPI... disebalik najis tu,
jika najis @ tahi binatang bleh buat baja... subur tumbuhan itu... camtula
jugak... jika kite nie manusia... klu terima sesuatu yang negatif tu... jangan
amik bualt-bulat...olahlaa ia menjadi sesuatu yang positif kepada diri kita...

just motivasi untuk diri aku yang tak termotivasi ini..haha sekian wasalam

Thursday, May 7, 2009

Tak terupdateMySpace

1 comment
MySpace jenguk sat di blog yg dah terbengkalai...MySpace

MySpacegali-gali ckit....

MySpacegoyang-goyang kepala...

pastu .... chow...MySpace