Thursday, February 26, 2009

Upin dan Ipin datang FTSM UKM


aku agak kecewa kerana pada selase lalu tanggal 24hb 02 2009, upin dan ipin tealh bertandang ke fakulti aku..huhu
tapi tuah tidak dapat ku hidu..ditambah lagi pada waktu berkenaan aku xda kelas kat FTSM..huhu..jd xdapat aku bertemu dengan mascot upin dan ipin... nie antare gambo bukti yang aku rembat dari member aku... lokasinye adelah di cafe FTSM...



la la la la la la la la la la laaa..............

Tekad by Kruleznickzam (lagu buat sendiri )


Tengah syok-syok menerokai forum tokeikedai, aku terjumpe topic Beri pendapat Anda tentang lagu saya... dengar punyer dengar cam best gak lagu die , so aku nak kongsi kat sini... enjoyz klu nk komen klik kt cni atau ke blog beliau sendiri untuk mendengar lebih banyak lagi lagu yang di create sendiri klik cni untuk blog beliau




Lirik:
langit semakin gelap
dingin kian terasa
aku..sendiri..

hujan mulai tangis
menitis membasahi
aku...disini

perlukah kusembunyi
atau teruskan berlari..
mencari kamu..
mengejarimu..

perlukah ku berhenti
dan membiarkan kau pergi
meninggalkanku...
melupaiku..

[chorus]
Dan aku terus mencari..
kelibat cintamu
biar terpaksa ku berlari
sepanjang hidupku..

dan aku tekad begini..
biar apa berlaku
langkah ini takkan berhenti
tegar mencarimu...

Monday, February 23, 2009

Kata-kata hikmah


diingatkan terlebih dahulu, ulasan tersebut adalah dari pandangan aku sendiri, klu xsuke itu aku punye ulasan. korang xsuke korang punye pasal..

" Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak."

ulasan aku : biarlah dimata orang kita gagal. Daripada kita memperlihatkan ke'riakan dimata mereka dan berdose, apabila kita berjayakan sesuatu. Yang penting kite ikhlas dan dah wat tanggungjawab kita

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan"

ulasan aku : hidup ni memang banyak pengalaman yang kita akan tempuhi. Ada yang pahit, ada yang manis. segale ape yang kita tempuhi hanya kite je yang rase, kite je tahu.. orang lain? mereka hanye melihat dan klu rase pun hanye dengan rase yang palsu..

"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera. "

ulasan aku : Klu nak tegur orang tu biarla betul dan berhikmah. kitakan orang melayu, setiap orang ade hati, kite pun ade hati, jangan la tegur dengan sesedap hati kite sendiri je. hati orang len pun kne jage.


"Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan."

ulasan aku : Memang manusia tu sejak lahir memang dilahirkan dengan kemesraan. Kite dilahirkan dengan adanya, kemesraan ibubapa kita. Tapi... ade gak insan-insan yang xsuke sme nie, sme nak ajak telingkah sane, telingkah sini. ade je yang xpuas hati. hmmm manusia...

"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

ulasan aku : Kalau tak dapat nak jadi lilin pun, janganlah padamkan api lilin tu, kesian orang tu terabe-rabe, karang klu salah rabe awak jugak salah. Dah tu sape suruh matikan lilin. Dahla matikan lilin, die campak lagi kulit durian kat kite, memang kejam.

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

ulasan aku : Biarlah orang lain anggap kesilapan kita adalah sesuatu yang memalukan kita dan mengutuk kite dengan kesilapan itu. Tapi kita harus bangun, dan jadikan kesilapan itu sebagai pengajaran yang tak ternilai harganya.

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."

ulasan aku : Bila kite nampak orang tu nak buat silap cepat-cepatlah kite bantu dan perbetulkan , sebab klu kite tau orang tu buat silap dan kite biarkan, antare punca kesilapan itu adalah kite sendiri, yang tahu tapi sombong! tak mahu bagi tau orang tu akan kesilapan mereka.

last word dari aku "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

ayuh bangun.....





Sunday, February 22, 2009

Hampir Dirogol (Kisah benar dari US)


kisah yang menarik untuk haku letak kat dalam nie....

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.


Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

source: Mamak@webchat

Thursday, February 19, 2009

Asian Kung-Fu Generation - Kimi to iu hana




Asian Kung-Fu Generation - Kimi to iu hana

lyric:


miesuita foomu no zetsubou de
karamawaru kokoro ga ruupu shita
nanigenaku nan to naku susumu
yodomi aru sutoorii
itsu datte nani ka wo ushinatte
sono tabi ni bokura wa kyou wo shiru
imi mo naku nan to naku susumu
yodomi aru sutoorii
tsumari tada sore kudakechitta dake

minukareta bokura no yokubou de
kiekakaru kokoro ga ruupu shita
nanigenaku nan to naku susumu
yodomi aru sutoorii
itsu kara ka nani ka wo ushinatte
kakushiteta hontou no boku wo shiru
imi mo naku nan to naku susumu
yodomi aru sutoorii
http://www.free-lyrics.org/Asian-Kung-Fu-Generation/22693-Kimi-To-Iu-Hana.html

tsumari tada sore kudakechitta dake
tsumari tada sore kaze ni matta dake
kimi no me ni tada hikaru shizuku
aa, seiten no hekireki
itami dake nara ni toubun sa, sou sa
bokura no iro
shiroi iki ga kireru made
tobashite kakenuketa ano michi
oka no ue kara mieru machi ni saita
kimi to iu hana mata sakasu yo

tsumari tada sore kudakechitta dake
tsumari tada sore kaze ni matta dake
kimi no me ni tada hikaru shizuku
aa, seiten no hekireki
itami dake nara ni toubun sa, sou sa
bokura no iro
shiroi iki ga kireru made
tobashite kakenukete ano michi
oka no ue kara mieru machi ni saita
kimi to iu hana mata sakasu yo

kimi rashii iro ni

Saturday, February 14, 2009

huwaaa xbleh bukak pet society




haaa... tetibe je aku rajin nak bukak entri pasal Facebook.
Ntah ape aura yang datang kat bilik UPSM nie. Tetibe sme orang berminat untuk main facebook. kenape ye? haaa...nak tau.. salah satu sebab yang membuatkan facebook nie best sebab, ade banyak game kat dalam tu.hehe.. memang interactive... salah satu bende yang best kat dalam facebook nie adelah, pet society, yang tengah mentenance skunk nie hukhuk...



Dan aku ade rase macam facebook nie akan jadi 1st rank social network. Buat mase skarang nie myspace la yang paling top seperti gambar dibawah




http://social-networking-websites-review.toptenreviews.com/

Dan berdasarkan jumlah lawatan sebulan bagi myspace dan facebook, menunjukan facebook menunjukan kemajuan yang lebih banyak.



berdasarkan graf yang haku amik dari manz

so sapa-sapa yang ada facebook tu mehla ADD haku hahaha...klik ini

selamat berdaftar q^_^p

Ternyata by estrella




lagu : Ternyata
oleh : Estrella

Ku lihat dia
Pandangan pertama
Ternyata indah
Senyuman liriknya

Ku ingin dia
Saat pertama
Berjumpa dengannya
Membuat ku gelisah

Waktu berlalu
Hari demi hari
Hatiku dambakannya
Untuk bercinta lagi

Ku lihat dia
Pandangan pertama
Berjumpa dengannya
Membuat ku gelisah

Waktu berlalu
Hari demi hari
Hatiku dambakannya
Untuk bercinta lagi

lagu lain oleh estrella >> Stay