Friday, February 13, 2009

Orang Perempuan Suka Cakap Macam Ni…






huha... lame aku tak letak entri kat dalam ni. teringin nak tengok cerita geng, tapi asyik bzzzzzzzzzz je huk2.. xpela untuk menghilangkan sikit ke"tegangan" otak nie, aku rembatla orang len punye entri tentang ape yang pompuan suke cakap.. klu anda perempuan baik anda jangan baca. Segala risiko yang ditanggung oleh anda tidak akan aku amik perduli haha... klu nak bace gak terpolang..aku dah bagi amaran..

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah keluar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.



TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH!
(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH
(dengan kening biasa). Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorangyang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.



MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buatsebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buatkepada lelaki. ‘OKAY LAH’ bermakna dia ingin berfikir panjang sebelumdia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya.’OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening YangTerangkat’.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.



TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberianda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apayang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengankejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakanini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yanganda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUHYANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas’MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.


entri ini telah diambil oleh aku yang malas dari page ini

Tuesday, February 10, 2009




Filem Geng: Pengembaraan Bermula mempertaruhkan watak Upin dan Ipin, Badrol, Lim, Rajoo, Ros dan Oopet sebagai teraju utamanya. Filem ini membawa penonton menerokai pengembaraan animasi yang diterbitkan oleh Les Copaque Production.

Filem animasi 3D yang menelan belanja RM4 juta ini merupakan mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan rakan-rakan yang berjaya menyelesaikan masalah yang membelenggu Kampung Durian Runtuh.

Penduduk yang mempercayai kewujudan raksasa yang sering mengganas di kampung mereka pada waktu malam. Namun begitu, tidak ada sesiapa yang berani merungkai apa yang sebenarnya yang menghantui mereka selama ini.

Sehinggalah Badrol, Lim dan rakan baru mereka telah berjumpa dengan Oopet, satu makhluk yang comel yang jinak dan membawa mereka mengembara ke dalam dunia fantasi yang penuh warna warni.


Monday, February 9, 2009

Baru balek dari Felda Titi..


Aku baru balek dari umah mak angkat aku kt felda titi.
adek aku yg baby dah setahun lebeyh. Die dah pandai jalan dah. sungguh Chomel..huhu tu je aku nak bagitau haha...salam


Friday, February 6, 2009

Boneca




"Boneca" name yang agak unik bagi aku.Dimana setiap ahli group band mereka mempunyai boneka yangmewakili diri mereka sendiri. Aku mule tertarik dgn band nie bile dengar "Cela". Band ini diahli'e' oleh:



nazila : juruvokal




shuko : jurugitar pertama



wani : jurugitar kedua & jurulirik



niza : jurudram

wan : jurubass & jurubunyi


eric
eric

raden
raden

raden, lily, eric, amoi, atom :

pendukung tetap yang dikasihi.

nie berdasarkan maklumat yang aku dapt dari laman myspace mereka.

antara lagu mereka yang aku tahu ialah Cela, Tunjukan Aku, Apa lagi dan Let Me...yang lain korang carila sendiri.

nie aku share lagu cela:



Verse:Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

*Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

Chorus:

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa …..
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa…
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

(Repeat *)

(Repeat chorus)

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Download MP3

Thursday, February 5, 2009

Dinosour : Kartun yang aku suke tengok mase kecik


AKu pun xtau mase tahun bile kartun nie popular. Tapi aku selalu tengok kat tv. Tv2 klu aku xsilap. Mungkin bagi mereka yang jadi kanak2 mase zaman Awal 90'an pernahla rasenye tengok cerete nie.



pst* : bile aku tengok baby dinosour teringat plak akan seseorang. hehehe...(gelak cam syaiton jap) ade sesape tau aku pikir sape skang nie hehehe...

Kesian baby itu..


just want to sharing.enjoyz..


Scared Baby - The best bloopers are here

Peringatan di Pagi Jumaat



Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.
Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.


Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.


Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.